Monday, May 6, 2013

Pengundi Hantu

Assalamualaikum wbt

Setiap kali ada pilihan raya, ada la kedengaran pasal pengundi hantu ni. Dakwaan yang sangat tak logik bagi aku.

Bagi yang layak mengundi, tak kira ni kali pertama ka kali keberapa ka, mesti korang tau susun atur dalam bilik mengundi tu macam mana kan.

Ada 3 orang yang dilantik bagi check nama, sapu dakwat dan bagi kertas undi. Waktu ni dah ada orang check kad pengenalan korang tu. Sama ada korang ni bangla ke orang nepal ke apa.

Pastu setiap bilik mengundi ada 2 wakil dari setiap parti.

So macam mana boleh ada pengundi hantu yang kononnya warga asing boleh lepas masuk mengundi?

Wakil dari parti tu tak nampak ke? Nape takda bantahan pun dari polling agent? Nape bising2 kat luar je?

Lepas tu masa kira undi pun ada wakil dari setiap parti. Kalau tak puas hati boleh minta kira semula sampai betul-betul puas hati. Nape ada juga dakwaan penipuan?

Fitrah manusia tak pernah puas.

Dan memang manusia lebih cepat dan mudah percaya pada benda jahat.

Sekali buat jahat ingat sampai bila-bila.

This is my piece of mind.

Suka baca, tak suka blah.

3 comments:

akmall said...

baca dah...hahaha...

UniMeOw said...

rasanya yg org mksudkan bukan ada hantu/bangla yg terbang mengundi..hehe

kadang2..org yg dah mati,nama dia stil ada lam senarai pengundi.siap mengundi lagi..
kadang2..ada 10 pengundi yg didaftar mgunakan alamat yg sama. bila org p cek,umah tu buruk giler, dekat nak roboh dah..tu yg aneh..

tp stakat ni uni xnah la komplen sal pengundi hantu ni..xmaw masok campur..hik3..

p/s:undilah parti meow2!!! ;)

Aidah said...

Pening kepala kan bila macam2 teori timbul. Bilalah nak jalankan tugas kalau asik komplen je kan.