Sebelum ni aku tulis pasal ular kan. Hari ni nak tulis pasal tikus pulak.
Bulan lepas aku ada pergi karnival kerjaya kat KL. Aku pergi konvoi 4 biji kereta ngan budak-budak yang satu kursus GCAP sekali tu. 3 hari 2 malam gak kat sana. Kami stay rumah kak aku. hehe..dah jimat kos penginapan di situ.
Aku pendekkan cerita supaya tak meyimpang dari tajuk. Hari nak balik tu singgah la kat IKEA Damansara (kalo aku tak silap la). Sebab tuan punya kereta tu mengidam nak makan meatballs. Kami penumpang-penumpang ni ikut je la.
Mak pesan suruh beli pembuka tin. Pusing-pusing aku jumpa roller.
Bagus benda ni. Bagi orang yang bela kucing macam aku, roller ni sangat berguna dan membantu.. Korang tau la perangai kucing macam mana. Sangat suka melepak atas baju orang. Kebanyakkan baju hitam aku ada bulu diaekor. Jadi benda ni dah memudahkan aku menyingkirkan bulu-bulu yang tak dijemput tu.
Aku beli sekali ngan refill dia. Dah macam air pulak. Hehe. Sebenarnya roller tu boleh digunakan layer-by-layer.
Okay, perjalanan diteruskan. Sampai kat bahagian barang budak-budak. Toleh-toleh aku ternampak tikus ni.
Comel kan. Yang aku nampak tu ada kaler kelabu dan putih. Aku pilih yang kaler kelabu sekor. Sebelum ni aku dah pernah beli patung tikus, tapi takda sapa pun yang main. Jadi aku malas la nak beli banyak walaupun kat rumah ada 3 ekor kanak-kanak.
Balik je aku terus bagi kat Nyet, Apong dan Putih. Wahhh..berebut la pulak. Kesian pulak aku tengok. Bila sekor main, yang lagi dua tengok je ngan muka sayu. Adehh.
Bila kak aku balik KL, aku suruh dia beli lagi sekor. Dia pun beli kaler kelabu jugak. Yang putih tu takut cepat kotor nanti.
Sekarang dah ada 2 ekor la tikus kat rumah. Merata-rata la diaekor tinggal lepas main. Jap kat tengah rumah, jap kat tangga, kat dapur, bawah almari dan merata lagi.
Aku puas hati la beli sebab tikus tu tahan lasak. Dah kena gigit, tendang, dan tarik pun tak terjejas. Langsung tak koyak. Sesuai untuk kucing korang nak main.
Kadang-kadang tu diaekor rasa lapar masa tengah main, diaekor akan gunggung (gigit dan bawa) tikus ke dapur dan letak sebelah pinggan diaekor. Makan-makan sampai kenyang pastu ambik balik tikus tu bawa ke ruang tamu. Sungguh bijak kucing aku.
Menghiburkan tengok telatah diaekor. Memang hilang tekanan melayan diaekor.
Selamat menbeli la pada yang berminat. Tak mahal RM4.90 je. Sila berkunjung ke IKEA berhampiran ye.
Foto: Google Image
2 comments:
seramnya tgk tikus tu huhuuu....
Meowwmania: ada lak seram...comel la tikus tu..cuba beli
Post a Comment