Wednesday, May 1, 2013

Budak Menyibuk

Assalamualaikum wbt..

 Rajin pulak aku update hari ni. Ni nak cerita pasal kucing jantan sekor kat rumah ni. Yang nama Uih tu. Kat sini ada gambaq kucing aku.

Budak Uih ni peelnya tersangat la manja. Tak boleh panggil atau tegur dia, nanti dia mula buat perangai ngada. Dia suka tido atas kerusi.

Kalau dia dah ada atas kerusi tu tak payah la korang penat-penat suruh dia turun. Tak bergerak langsung jawapnya.

Malam-malam aku online kat ruang tamu. Aku rapatkan meja ngan kusyen. Tadi lepas Isya' mak panggil makan nasi. So aku tinggalkan la kusyen tu sebentar.

Bila datang balik, dah tak boleh duduk dah. Aku kena duduk kat lantai. Sebab ada budak ni..


Budak ni kalo tido dalam rumah memang macam gini gayanya. Pusing sana sini. 


Gaya wajib kuak lentang. 

Bila aku kacau, dia pun bangun buat muka seposen.


Aku tengah menaip ni pun dia sibuk bergumpal atas riba. Sambil tangan urut-urut paha aku.

Gambar blur, guna webcam je.


Foto: Aku punya



6 comments:

akmall said...

Sek bek censored.. lau tak... byk kucen2 betina teringin...hahaha

Naz said...

hhaha..apa la ang ni..aku dh blurkan pn nk tgk gak

Aidah said...

Wah naz, ada tukang urut peribadi nampak. Jeles akak..

Naz said...

Aidah: dia yg sukarela kak..hehe

ctpayong said...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلم عليكم ورحمة الله

sedapkan diaorang ni urut....heheheeee

UniMeOw said...

hehe kucg2 uni yg alaf baru ni smua prangai cmni..tinggal je krusi tu 1saat,,bila beralih tgk2 dia dah duduk..

dgn wjh innocent!!grrrrr