Apa la yang aku rasa rugi sangat ni?
Dari pagi sampai tengah hari aku takda di rumah hari ni. Pukul 1.40 baru balik, lepas makan nasi, check email (konon), pastu tido. Sila jangan ikut perangai tak senonoh ini.
Dah tido tengah hari, perut kenyang, sejuk lak kena kipas, haruslah tido dengan nyenyak sekali.
Bila dah bangun, mengadap Allah dulu. Pastu mengadap kucing-kucing mengada.
Agak petang sikit, keluar ambik angin kat luar. Sembang-sembang. Pastu mak bangun dan berjalan menuju ke jalan raya (jalan kampung yg berturap). Aku tengok je la.
Sambil jalan, mak aku kata "Jom pi tengok ulaq".
Dengan serta-merta aku ikut mak pi jalan. Kepantasan respon aku menyamai respon kucing bila korang goncang balang berisi biskut diaekor.
Aku: ulaq apa?
Mak: ulaq senduk la. ayah tibai pagi tadi.
Aku: jumpa tang mana?
Mak: kat dapuq kayu yang kita duduk kemarin masa dok cabut bulu dan layoq ayam.
Aku: besaq dak?
Mak: tak tau, ayah kata besaq la jugak.
Kami pun sampai la kat tepi jalan (macam jauh je perjalanan, padahal depan rumah). Kat longgok sampah tu ada la bangkai sang senduk.
Haruslah aku peminat ulaq ni nak tengok saja. Aku ambik kayu dan angkat badan ulaq tu.
PERRRGGHH!! besaq beb. Ni la ulaq senduk paling besaq yang aku tengok kat kawasan rumah. Ruginye rasa aku takdak masa kejadian pukul-memukul tu (macam la ulaq tu balas balik).
Biasanya ulaq senduk yang berkeliaran (konon macam kucing) kat kawasan kampung ni warna hitam berkilat. Tapi yang ayah aku tibai tu kaler kelabu. Tengok macam dah veteran ular tu. Statement kalah veterina. Beratnya juga boleh tahan. Aku tak pandai agak kalau bab berat ni. Dalam 2 - 4 kg kot.
Wajib tampal gambar ular yang digoogle
p/s: banyak pulak kurungan ( ) dalam post ni.
Foto: Google Image
3 comments:
Naz : ko memang kan.. benda pelik2 cmtu nak tengok sgt!! main je kucing tu.. lagi comel..
Akmall: mana ada pelik, ular je pun..
knp bnyk sgt kes ular kt rmh awk ek.. latih kucing suruh cekap skit nazirah. hehehe.
Post a Comment