Wednesday, May 22, 2013

Ce Jawap Jap..

Assalamualaikum wbt

Aku ada satu soalan yang bermain-main di fikiran. Korang mesti pernah dengar kan kata-kata yang mendakwa jika mata kiri bergerak-gerak maknanya kita akan menangis, dan jika mata kanan yang bergerak-gerak, kita akan tengok benda yang membahagiakan atau jumpa orang yang dirindui.

Jadi, aku nak tanya kalau korang tau mana-mana dalil atau fakta yang menyokong dakwaan ni. Atau ianya sekadar mitos, kebetulan atau sekadar cakap orang tua-tua.

Minggu lepas mata kiri aku bergerak-gerak, tapi takda pulak aku menangis atau nampak benda yang menyedihkan. Pastu 2,3 hari ni mata kanan pulak yang bergerak-gerak. Benda yang menggembirakan yang aku perasan adalah kucing aku beranak pagi tadi. Tapi betul-betul ke kebetulan, sebab aku memang tau dia mengandung dan akan beranak.

Sama kan dengan kes gatal tapak tangan.

Apa kata korang pikir sama-sama ngan aku pasal perkara ni.

Pada yang ada info kukuh tu boleh la kongsi ngan aku.


Sekian.

8 comments:

akmall said...

Salam, saya Akmal.. kenal lagi tak? hahaha.. Sengal tak aku.. weh..sebenarnya benda ni sebagai petanda Allah, kadang-kadang ada betulnya, tapi tidak diberikan dalam masa yang terdekat, tapi itu ikut rezeki lah kan.

Macam aku aritu, mata sebelah kiri aku berkedik dalam 1-2 minggu, then. after 2 minggu camtu, mak cik aku meninggal, then 1 minggu mata kanan *kelopak aku berkedik, alhamdulillah, aku dapat HP baru. hehehe..

IntaNBerliaN said...

ntahla.. akak pun xtau.. sbb selama ni, xda pe2 plak kalau mata akak kedip2 :-)

meowwmania said...

tak tahu nak kata...kadang macam betul kadang macam takde apa pon yg berlaku hehe...

Naz said...

Akmall: ni Akmal mana ea? heehe..yela, nnt aku dpt HP mcm ko la kot

IntanBerliaN: hehe..akak tak pernah rasa ea

meowwmania: terima dgn redha la mummy kan

my notes said...

petua orang tua - tua jer . tak pernah tepat pun . Selalu gak gatal tangan , tapi tak de apa pun yg berlaku ...

Aidah said...

Akak kan selaluuuuuu sangat mata bergerak2 ni. Kejap kiri kejap kanan. Annnoying sangat. Sometimes bila borak dgn orang kemain kuat dia bergerak....dah macam main mata pulak kat orang tu. Haru betul. Pernah akak google cari medical explanation...tak dak pun. Tanya mak, mak akak cakap...toksah dok percaya nak nangis atau nampak benda happy tu. Tak betul. So sekarang ni akak buat tak tahu ja. Biarlah misteri...kata siti. Haha.

~Budak Merah~ said...

Haha...bg sy xda kaitan suma tu. kalau diikotkan, rasanya x uah percaya la benda2 mcm ni. takot jatuh syirik. sbb percayakan ckp2 org, lbh dr ketentuan Allah. mana tawu, kita percaya kalau berkedip mata kanan...dpt benda baik..tetiba betul kita dpt. masa tu, kita rasa betul laaa dpt kebaikan. tp kita lupa, sbnrnya Allah yg bg kebaikan tu...bkn mata kita.
wallahu'alam.

Naz said...

mynotes: orang2 tua memang banyak kata-kata kan.

Aidah: jangan biarkan diri anda diselubungi misteri..hehe

Budak Merah: just out of curiosity..that's all