Friday, May 4, 2012

Tak Kesampaian

Assalamualaikum wbt..

Kemarin ada aktiviti derma darah, sempena dengan program "Inspiration Through Success" yg kami classmates sama-sama anjurkan + 9 orang junior. Masa hari first aku tak derma sebab sibuk sikit setelkan tugas publisiti. Pastu plan nak derma pada hari kedua.

Aku siap makan awal, sebab nak derma lepas solat Zuhur. Mengikut pengalaman kali pertama dulu, kena makan at least 1 @ 2 jam sebelum derma. Masa tu badan dah serap tenaga makanan tadi. Lepas solat Zuhur je, kawan message, katanya staff hospital tu dah kemas-kemas nak balik. padahal masa tu baru pukul 2.15.

Ikut jadual sepatutnya dari pukul 10 pagi sampai 3 petang. Tapi diorang bagi alasan sebab sambutan tak ramai. Yelah, minggu lepas pun dah buat derma darah, so minggu ni orang dah tak derma. Dapat lebih kurang 70 orang je untuk 2 hari. Hospital tu dah rugi 3 pain darah sebab balik awal. Ada 2 orang kawan aku yang nak derma gak. Tapi dah tak diizinkan-Nya.

Sedih, semangat dah berkobar-kobar nak derma. Ntah bila la pulak aku boleh derma darah. Kalau balik kampung, ayah aku tak bagi sebenarnya derma darah. Tapi bila dok jauh dari dia, aku buat ikut suka hati je la. Hehehe.

9 comments:

UniMeOw said...

huhu xpe la,,len kali bleh derma lagi..

uni pon lama dah x derma,,buku derma darah 2 letak mana tah...hadeh!

Liselle MonCherie said...

Hoho! Ape la hospital ni...tak cukup masa nk balik...tidak mengapa! InsyaAllah ade peluang lagi nk menderma darah,huhuhu :D

Wahida Samsuddin said...

Sama la kak. Ingat nak pergi jugak petang tu. Tapi tak sempat :(

Aidah said...

Ada rezeki nanti bolehlah derma kat tempat lain. Buat masa ni jaga kesihatan dan simpan darah tu elok2 ya. Hehehe.

meowwmania said...

kite SANGAT suka derma darah. pelik tak?

Naz said...

UniMeow: InsyaAllah ada peluang lain kali

Liselle MonCherie: Tu la..ngelat nak balik awal, mentang2 hari Khamis

Wydaz: Sian kita kan..

Aidah: InsyaAllah kak..hehe

Meowwmania: Fuyoo..bagus tu..selalu menderma.

Nadhirah Ahmad said...

Dh 4 pain dh

Naz said...

Nadhirah: Padan muka spital tu..ber'pain'2 darah dia tak ambik..nk bagi free pun taknak..

aizamia3 said...

boleh aje guna cara lain.. pergi kat hospital.. ;)

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...