Sunday, March 25, 2012

Tipon Mak

Assalamualaikum wbt..

Semalam aku tipon mak, agak lama aku tak tipon dia. Dalam seminggu dua jugak. So, bila tipon sekali sekala tu memang lama la. Semalam aku cakap selama sejam 13 minit.

Masa tipon tu, kaklong ada kat rumah mak, diaorang balik makan nasi. Pastu dengar kecoh-kecoh, anak dia yang kecik tu jatuh tangga. Kat tangga tu ada kain lap kaki, so tak teruk sangat la jatuhnya. Nangis kejap je pastu sambung main balik. Hero la katakan.

Mak cakap sana hujan, air sungai penuh. Kat sawah pun penuh. Pastu mak citer ada kenduri kendara kat kampung. Kira update la perkembangan kampung. Ada orang bersalin la, macam-macam.

Bila tipon, tak sah la kalau aku tak tanya pasal budak-budak kat rumah. Mak cakap kaki Uih luka, ntah kena apa. Masa dia balik tengok jalan jengket-jengket. Tapi mak tak boleh nak sapu lendir lidah buaya (Aloevera) sebab dia marah, tak bagi mak pegang. Sejak bila pulak dia jadi garang, sebelum ni dia la yang manja. Mak titis minyak gamat je, sebab boleh letak pelan-pelan. Tapi bila dia sedar, abih minyak tu dia jilat. Luka kecik pun jadi besar.

Lebaq ada je kat rumah, mak kata selalu je ada, dah tak jalan sangat. Makcik maintain control ayu. Anak dia yang kecik tinggal 2 je. Dah makin nakal, asyik main. Semua sihat. Lega dengar.

Pastu Nyet yang diadopt oleh budak kampung aku pun makin sihat. Manja ngan budak yang bela dia tu. Yelah jadi kucing tunggal, memang diberi penuh perhatian. Tambah lak perangai baik, tak 'membuang' merata-rata. Budak tu bagi nama Comel kat dia.

Pastu anak itik yang berjumlah 26 ekor dari 2 ibu dah tinggal 9 je. Baru nak berkembang balik lepas buat kenduri.

Mak aku cakap sepanjang 6 minggu aku kat sini, dah 2 kali dia pegi Thailand. Asal aku takda kat rumah baru pegi. Hish..agak tidak berpuas hati. Pastu tengah rancang nak pegi lagi pasni, tengah pilih tarikh.

Sembang-sembang lagi pasal abang, kakak aku. Pastu abih. Pukul 11 gak.

Rindu budak-budak oren kat rumah.


Jantan dua ekor ni.

Hati kembali tenang.

9 comments:

akmall said...

2 kali pergi thailand...huhuhuh...*itu je aku nmpak yg seronok...yg lain seronok jugak..tapi tak seseronok yg perg thailand tanpat ajak tuan blog ni...hihu...

Aidah said...

Akak tumpang sama rindu kat kampung bila baca n3 Naz ni. Terbayang kesunyian mak Naz bila Naz tiada. Mungkin sebab tu dia ke Thailand kot. Risau jugak dengar pasal kaki Uih yang luka tu. Harap2 tak melarat. Gambar tu memang gambar favourite akaklah. Sukeee....

Naz said...

nak buat gane..kita jauh di perantauan..

Naz said...

Ha'a kak, kat rumah ada mak ngan ayah dan budak2 oren tu je..harap gitu la, Uih tu tak pernah lagi sakit @ luka..gambar tu je yg ada

INTAN said...

aiseh!

Ro versi malaysiaaaaa~! >.<

Naz said...

2 ekor tu jantan la..hehe

lisa said...

banyaknya perkara yang dibual dgn mak. hehe :)

Naz said...

sekali sekala je tipon..

Wan Nor said...

gambar tu...I pon suke jugak..ahahahhaa... (xde keje)