Tuesday, March 20, 2012

Aku dan Kenangan 4

Assalamualaikum wbt..

Entri aku nak tulis banyak hari dah, tapi asyik tangguh. Untuk kenangan kali ni (cewahh) aku nak citer pasal kejadian yang agak menyakitkan. Kejadian ni berlaku masa aku kecik-kecik comel dulu. Sebelum tu jom tengok gambar kat bawah ni...




Haa..korang kenal tak benda apa tu..? Benda kaler pink tu dipanggil 'staple' ..tapi biasa dengar orang sebut 'stapler'. Abaikan apa pun nama dia, asalkan korang tahu rupa dan kegunaan dia. Apa kaitan benda ni dengan aku masa kecik-kecik dulu..?

Meh nak cerita. Masa tu (aku tak ingat umur berapa) aku tak tau apa kegunaan staple ni, aku tengok macam best je..boleh tekan-tekan. Aku main-main-main, sampai bullet dia habis. Pastu nak main lagi, tapi mesti la kena refill bullet dulu kan..

Aku pun refill la. Time nak refill pandai pulak, sebab penah tengok orang buat. Lepas masukkan bullet, aku nak tekan la besi tengah yang letak bullet tu bagi lekat balik dengan besi yang kat atas. Pandai-pandai la korang bayang dan pahamkan ye.

Memandangkan aku kecik je masa tu, so aku ingat nak tekan tu memerlukan tenaga yang kuat, aku pun tekan la bersunggug-sungguh. Jeng..jeng..jengggg...

Masa aku tekan tu, aku letakkan tapak tangan aku betul-betul kat mulut tempat bullet tu sepatutnya keluar. Korang tahu kan situasi nye. Dengan yakin dan confidentnye aku tekan kedua-dua besi tu sampai rapat. Hahaha..apa yang terjadi..?

Haruslah bullet tu melekat tu kat tapak tangan aku dengan kemasnya. Sila tepuk tangan ramai-ramai. Nangis la sikit, mula-mula tu nak cabut sendiri kononnya. Tapi macam takda tenaga je nak tarik. Tunjuk kat mak, apa lagi kelam kabut la. Mak suruh abang cabutkan. Bullet tu pun dikeluarkan dengan mudah sebab tapak tangan lembut macam baby masa tu..hahahaha. Abang cabut guna plier.

Lepas kejadian tu aku masih lagi main staple tu, tak serik pun, cuma dah cerdik sikit la. Tu la kisahnya kenangan aku dan staple.   


Foto: Google Image

6 comments:

UniMeOw said...

perrrgghhhhh sadis giler!!

baca pon dh seram..huuuu

Naz said...

hehe..masih innocent waktu tu

IntaNBerliaN said...

alahaiiii seriau pulak bila bygkan..huhuu

Naz said...

hehe..

Aidah said...

Ngerinyaaa, akak terasa kat tapak tangan pulak. Akak pijak bullet staple tu pernahlah. Sakit jugak dik,walaupun tapak kaki keras.

Naz said...

hehe..masa budak2 kak..semua benda nak main

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...