Sunday, March 11, 2012

Baktisiswa Kg. Mangkuk, Setiu

Assalamualaikum wbt..

Bermula dari 8hb, sampai petang kemarin, aku dan rakan sekelas ada program Baktisiswa kat Kg. Mangkuk, Setiu. Kami seramai 40 orang jadi anak angkat kepada 20 buah keluarga. Ni kali ke-3 aku join program anak angkat. Setiap keluarga akan dapat 2 orang anak angkat.

Rumak mak angkat aku sebelah tanah perkuburan. Hari first tu, lepas balik rumah, makan tengahhari, rehat-rehat, lebih kurang 30 minit sebelum Asar, dengar bunyi beduk kat masjid. Mak angkat kata ada orang meninggal. Tak lama pastu sambil minum teh, makan kepok, nampak ada orang kampung start gali lubang kubur. Aku perati je dari tingkap rumah. Petang tu plan nak pi pantai, nak cari remis (sejenis kerang laut). Tapi sebelum tu pegi menziarah orang meninggal dulu, dekat je. Pastu pegi pantai, air pasang, remis takda, jumpa 3 ekor je. Balik rumah, mandi, pergi masjid, baca Yaasin. Lepas Isya', pegi balai raya ada aktiviti bersama anak-anak kampung. Ramai golongan kanak-kanak.

Hari kedua, berkumpul kat balai raya, masih buat aktiviti ngan budak-budak kampung, balik makan tengah hari, lepas zohor, pegi balai raya semula, untuk bincang persembahan pada malamnya. Aku kumpulan 3, suruh budak-budak tu buat choral speaking. Petang lepas Asar, ada aktiviti riadah bersama warga kampung. Kebanyakkan aktiviti untuk budak-budak. Kaum ibu dan anak angkat perempuan, disediakan permainan baling dadu. Meriah dengan gelak ketawa. Kaum bapa dan anak angkat lelaki, lawan tarik tali. Meriah dengan sorakan sokongan. Hampir pukul 7 balik rumah, lepas Isya' berkumpul di balai raya untuk tengok persembahan budak-budak.

Hari ketiga, ada gotong-royong bersihkan kubur, dan juga kenduri rakyat. Aku pegi bersih kubur sebelah rumah je. Lepas bersih kubur, pegi balai raya, tengok orang kampung masak. Lembu disumbangkan oleh ahli Perlimen Setiu. Menu simple je, nasi, gulai daging, ikan kering, acar, dan air sirap. Sebelum YB datang kami dah ratah gulai tu, hehe, sedap. Dekan dan Timbalan Dekan datang, bagi hadiah untuk budak-budak. Pastu YB datang, rasmi majlis penutup. Pastu makan ramai-ramai. Pukul 2 balik rumah, amik beg, bas dah tunggu kat balai raya. Salam ngan semua mak dan bapa angkat, naik bas dan balik ke UniSZA.

Bab makan takda masalah, asyik makan je. Sepanjang 3 hari 2 malam, mak angkat keje suruh makan. Tak sempat abih makan yang kat tangan, dia dah suruh makan lagi makanan lain. Memang overload. Terima kasih mak.

Seperti biasa, entri aku takda gambar, sebab aku takda kamera dan tak berapa gemar interframe time orang ambik gambar.

 

1 comment:

IntaNBerliaN said...

dulu akak teringin sgt nak join aktiviti gini tp xpernah berkesempatan sbb xprnh terpilih..hehhehhe

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...