Thursday, March 29, 2012

Budak Hitam 2

Assalamualaikum wbt..

Hari ni aku memang takda kelas, bangun awal sebab nak betulkan questionnaire untuk project paper. Baring sambil pikir nak tambah soalan baru, pikir sambil baring di awal pagi..hampir terbabas semula la. Dalam aku di awang-awangan nak terbabas tu dengar ada kucing bunyi kat balkoni, ntah kucing mana la happy sangat nyanyi pagi-pagi ni.

Terbabas sekejap, pastu terkejut dengar kucing bergaduh. Melompat aku dari katil. Jenguk kat balkoni, budak hitam yang aku penah citer sebelum ni tu dah tergolek. Ingat kena belasah dengan bapak kucing yang brutal tu, rupa-rupanya kena sembur ngan ibu kucing.

Maybe terserempak kot, pastu kena marah. Aku halau la ibu kucing tu. Bila ibu kucing tu lari, nampak si hitam ni nak ikut. Aku tengok dia, dia tengok aku. Tengok muka manja tu..cehh..kes nak ngorat ibu kucing tu rupanya. Tapi tak dilayan. Dah besar kau hitam ye.

Dia datang gesel-gesel kat kaki, sambil bebel apa ntah. Selsema serius yang dia ada sejak sem lepas masih tak baik sepenuhnya lagi. Tapi better la dari dulu. Masa aku jaga tu, muka dia sememeh je ngan hingus, asyik-asyik bersin. Kain baju yang aku sidai pun kadang-kadang terkena tempias hingus dia.

Aku usap sikit-sikit, pastu masuk sambung keje. Pintu belakang tu aku biar je terbuka. Nampak dia jenguk, nak masuk. Aku buat tak tau je. Dia masuk, jilat-jilat, jalan meneroka. Pastu selamba lompat atas katil aku, baring sambil mandi-manda. Wah..hebat.

Bagi can kat dia kejap, pastu suh dia turun. Suh dia dok kat luar. Dia ikut je arahan aku. Tak leh lama-lama, sebab bulu dia keguguran, duduk kejap pun dah ada lekat kat tilam. Pastu dia asyik bersin, nanti lekat kat cadar, nak kena tukar baru, aku dah la malas.

Gambar hiasan. Muka manja.


Cuba kalo kucing tu kucing yang aku bela kat rumah. Dia taknak pun aku dukung suh duduk atas katil, siap tak bagi turun. Hehe.

Foto: Google Image

10 comments:

Aidah said...

Budak hitam tu kesunyian, terpisah dari 9 budak hitam yang lain. Hehehe. Buat peneman Naz yang berjauhan dari kucing2 kat kampung.

cinnamon.com said...

BEST ADA KUCING,TAPI TAK BOLEH BELA..ALAH PD BULU.

Rasulullah suka kucing..binatang yg sgt bersih..tak ada kuman pun kat bdn kucing.

org putih siap buat kajian lg ttg kucing...cari punya cari satu kuman pun tak ada..

hebatkan.

Naz said...

kucing memang special..tak bela takpa asalkan tak benci..

Naz said...

Ye la kak..boleh gak usap-usap dia sekali sekala..cuma rindu nak gomol cium budak2 oren kat rumah

UniMeOw said...

huhu ciannya dia...myb dy kena rejek ngn ibu kucg sb dy selesema..huuuuu

m4rilyn said...

Si Hitam tu tak cukup macho buat ibu kucing la tuuu

Naz said...

yela..budak hingusan lagi.hehe

Naz said...

budak mentah lagi..

meowwmania said...

alahai cian pulak kat bdk itam tuh

harap2 dia sihat :)

Naz said...

dah sihat, cuma hingus tu tak habih2