Tuesday, March 20, 2012

Budak Hitam

Assalamualaikum wbt...

Korang ingat tak pasal aku penah bagi makan kat sekor kucing hitam kat balkoni bilik aku, aku penah wat entri berkaitan ngan dia dulu kat sini. Masa akhir sem lepas aku risau gak pasal dia, ye la sapa nak jaga dia selama lebih kurang sebulan aku balik kampung. Sebelum balik aku tinggal satu tupperware smartheart kat balkoni tu. Harap Allah je la yang jaga dia.

Bila buka semester baru, aku balik sini, tengok ada tahi yang dah kering kat balkoni. Aku agak mesti dia kena serang lagi ngan kucing jantan besar tu. Sejak hari tu aku tak penah dah nampak dia. Entah mana dia dah pegi.

Tapi hari ni, setelah 5 minggu dok sini, aku jumpa dia kat tingkat bawah. Mula-mula tengok macam kenal je kucing ni. Tengok lama-lama, eh..memang dia la. Sekarang ni badan dia besar, tak kurus macam dulu. Aku boleh nampak badan dia dah ada muscle. Ni mesti selalu bergaduh. Yang paling aku suka, dia dah manja, tak takut-takut macam dulu.

Dia dok tingkat bawah sekali, ada orang bagi dia makan. Bagus la, survive juga dia.

Lebih kurang gini la, tapi dia ada putih cikit kat dada.


Foto: Google Image