Wednesday, March 28, 2012

I'm Here because I Care

Assalamualaikum wbt..


Semester ni aku ada ambik subjek 'Language, Power & Ideology'. Subjek ni mengajar aku bagaimana untuk menilai dan mengesan kekuatan dan ideologi yang tertanam di dalam sesebuah teks. Satu subjek yang menarik bagi aku. Pensyarah yang mengajar subjek ni seorang yang rilex, dia mengajak kami berfikir. Tiada jawapan yang betul atau salah. Terpulang pada pentafsiran sendiri. Kita bebas mentafsir apa yang kita baca. Dengan bantuan akal yang dikurniakan, kita dapat menilai sama ada sesebuah teks itu benar atau sekadar karangan yang penuh dengan propaganda semata-mata.

Dalam kelas baru-baru ni, dia ada tunjuk sebuah video mengenai seorang aktivis keamanan yang bernama Rachel Corrie. Pada umur 11 tahun (5th Grade), dia telah memberi sebuah ucapan yang begitu bermakna bagi seorang budak seusia dengannya. Ucapan tersebut bertajuk 'I'm Here because I Care', adalah mengenai harapan Rachel terhadap masalah kebuluran yang melanda dunia. Azamnya untuk membuat sesuatu dan memberi harapan kepada kanak-kanak di seluruh dunia yang berdepan dengan masalah kebuluran. Pada usia muda sebegitu, Rachel telah menunjukkan sikapnya yang mengambil berat akan kesusahan orang lain.

Sikapnya yang gemar membantu ini berterusan sehingga dia dewasa. Kemuncak perjuangan beliau dalam menuntut hak mereka yang dianiaya adalah apabila dia telah pergi ke tanah bergolak Palestin pada 2003. Melihat sendiri kekejaman yang berlaku membuatkan dia nekad membantu. Pergi dengan status aktivis antarabangsa warganegara Amerika, dia berharap Israel akan berlembut dengan tuntutan mereka untuk menghentikan aktiviti merobohkan rumah warga Palestin.

Nyata tanggapan Rachel silap sama sekali. Pada 16 March 2003, dia telah dilanggar oleh sebuah bulldozer yang pada ketika itu mahu merobohkan rumah seorang doktor. Tindakan beliau yang menjadi benteng manusia (human shield) antara bulldozer dan rumah tersebut tidak berjaya. Kecederaan dalaman yang parah telah meragut nyawa Rachel Corrie pada waktu itu berusia 23 tahun.

Sekiranya rakan-rakan membaca maklumat mengenai beliau di Wikipedia, anda dapat melihat percanggahan dalam laporan yang dikeluarkan oleh IDF (Israel Defense Force) dan ISM (International Solidarity Movement). IDF menyifatkan kemalangan itu berlaku kerana Rachel ditimpa serpihan batu-bata, tambahan pula jarak penglihatan pemandu bulldozer terhalang oleh pagar keselamatan yang ada pada kenderaan tersebut.

Rakan Rachel dari ISM yang bersama-sama ada pada waktu itu mengatakan Rachel 'dibunuh' oleh bulldozer dan tiada apa pun yang menghalang penglihatan pemandu itu. Anda boleh menilai sendiri kebenaran dan kepalsuan laporan yang diberikan oleh mereka. Anda boleh google di internet mengenai Rachel Corrie. Di google image, anda boleh melihat gambar yang diambil sebelum dan selepas dia dilanggar (dengan sengaja).

Jika anda perasan, nama Rachel Corrie telah digunakan oleh sebuah kapal yang menyertai kempen misi keamanan ke Gaza pada March 2010. Namun bekalan ubatan yang dibawa telah dirampas oleh pihak berkuasa Israel. Anda semua tahu bagaimana kekejaman mereka berluasa di bumi Palestin.

Sebagai saudara seagama, berbagai-bagai cara sudah kita lakukan untuk menentang pencerobohan dan kekejaman Israel di bumi Palestin. Mungkin kita tidak mampu mengangkat senjata ke medan perang, jadi lakukan apa yang kita mampu. Berdoa akan keselamatan mereka dan semoga mereka sentiasa mendapat pertolongan dari-Nya.

Pada hari Jumaat ini, Kelab UNESCO UniSZA dengan kerjasam AQSA Syarif Berhad akan mengadakan perarakan aman dari Masjid UniSZA ke Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS). Diadakan pada tarikh 30 March kerana pada bulan March 1976 bermulanya rampasan tanah besar-besaran oleh Israel. Global March to Jerusalem adalah perarakan sedunia, dan Malaysia salah sebuah negara yang menyertai perarakan ini. Anda boleh menyertai perarakan ini di tempat anda (sekiranya ada). Bagi mereka yang berdekatan dengan Kuala Terengganu bolehlah datang dan sama-sama menyertainya.     
   



Semoga kita diberi petunjuk dan sentiasa beriman kepada-Nya.

Show Them, We're Here because We Care

8 comments:

~~ZusUliYaiNi mAMaT~~ said...

Free Palestine...

Liselle MonCherie said...

Helping our family brothers and sisters!
Ukhwah <3!

Aidah said...

Berlainan agama tapi hatinya sangat suci sampai nampak jelas siapa yang sebenarnya kejam. Semoga mata dan hati kita juga sejelas itu dalam menilai segala yang terjadi di muka bumi ini. Terimakasih dik atas info. Akak suka.

GtHans said...

Yer..penah bersedih masa baca berita pasal Rachel Corrie dulu..

Naz said...

ye..kesian dia..

Naz said...

Sama-sama..InsyaAllah, semoga kita juga dapat membantu walaupun tidak seperti dia

Naz said...

Let's be with them

Naz said...

InsyaAllah

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...