Friday, March 30, 2012

Global March to Jerusalem 2012

Assalamualaikum wbt..




Baru je beberapa minit selesai mengikuti Global March to Jerusalem 2012 peringkat UniSZA. Perarakan bermula selepas solat Jumaat dari Masjid UniSZA ke Dewan Al-Muktafi Billah Shah. Alhamdulillah agak ramai yang turut sama menyertai perarakan tadi. Walaupun jarak antara masjid dan dewan tidak jauh, namun semangat dan rasa prihatin serta bertanggungjawap untuk sama-sama menuntut pembebasan bumi Palestin dari terus ditindas yang perlu dibanggakan.

Walaupun jarak hanya sekangkang kera, masih ramai yang tidak mampu untuk turut serta. Masing-masing punya alasan dan sebab. Letih, panas, mengantuk, lapar dan sibuk antara jawapan standard jika ditanya mengapa tidak ikut serta.

Pentingkah rasa lapar kita, letih kita, dan sibuk kita bila saudara seagama kita di sana sedang gigih bertarung nyawa untuk terus hidup. Lawan mereka bukankah seekor nyamuk kecil, bukan semut merah dan juga bukan ular berbisa. Lawan mereka senjata api, kereta kebal, jet penjuang, helikopter Apache, dan bom asid.

Tidak malukah kita yang tidak mampu untuk meluangkan hanya sedikit masa untuk menunjukkan rasa ambil berat kita, dan rasa kasih sayang sesama manusia.

Perjuangan Palestin bukan lagi atas dasar agama, tetapi kini atas dasar kemanusiaan (human right). They have right to live in peace. They have right to go to school. They have right to take a walk freely. They have right to do everything without worries.

Perlu diingat, bukan hanya kita sahaja yang hidup di muka bumi ini. Hari ini hari mereka ditindas, entah esok lusa giliran kita pula. Mohon dijauhkan. Lakukan sedaya mungkin untuk membantu. Jika bukan dengan keringat, cukup dengan doa dan ingatan kepada mereka di sana.

Jangan kita menjadi orang yang celik tetapi buta untuk melihat.  



Tahniah pada pihak penganjur.

Foto:Google Image

8 comments:

Kayu Manis said...

setuju adik dgn n3 ni.buanglah rasa mcm2 kita sebentar.

syabas adik.semoga kalian di berkati Allah.

Liselle MonCherie said...

100% agree with this post,
who are we to be blind to ignore them...huhu

~~ZusUliYaiNi mAMaT~~ said...

Allahhuakbar, boikot Israel, hidup Palestin

Naz said...

Semoga kemenangan dan perlindungan bersama mereka. InsyaAllah

Naz said...

Yup..don't be selfish

Naz said...

Terima kasih kak. InsyaAllah semangat ukhwah akan berterusan

Nadhirah Ahmad said...

a muslim should know and be sensitive with the palestinian's issue. and should take part on it anyhow. at least, bila para syahid tny pd kita nnti, kita ada jwpn kita. jgn jd saudara yg lihat dan lihat shja. nauzubillah...

Naz said...

yup..that's right..

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...