Monday, October 31, 2011

Pertandingan Gamelan Melayu 2011

Assalamualaikum wbt semua..

Bermula 29hb hingga 30hb Oktober, Pertandingan Gamelan Melayu Peringkat Kebangsaan 2011 telah berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS). UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin) telah menjadi tuan rumah pertandingan anjuran Muzium Negeri Terengganu.

Malam 29hb tu aku tak pergi tengok sebab tengok bola. So, malam 30hb baru aku pergi. Muzik gamelan adalah warisan tradisional Melayu. Dengar orang main pun dah best sebab diri sendiri tak reti main.

Berbalik pada pertandingan, ada dua kategori iaitu tradisional dan juga kreatif/kontemporari. Disertai oleh 14 kumpulan dari seluruh Malaysia. Masing-masing menunjukkan persembahan yang baik. UniSZA telah diwakili oleh dua kumpulan.

Yang bestnya adalah kumpulan yang mewakili UniSZA telah memenangi setiap kategori yang dipertandingkan. Kategori tersebut adalah 1)Pemain Muzik Terbaik Kategori Tradisional (pemain bonang SAGA UniSZA, RM500), 2)Anugerah Khas Juri Kategori Tradisional (SAGA UniSZA, RM2500), 3) Juara Kategori Kontemporari (KonGA UniSZA, RM10,000).
 Setiap kumpulan yang menyertai pertandingan ini mendapat saguhati RM3000.

Juri-juri jemputan adalah penggiat seni yang sudah lama berkecimpung dalam bidang muzik tradisional. Juri-juri diketuai oleh seorang komposer terkenal tanah air, Pak Ngah.  


Nama-nama alat muzik Gamelan

Contoh alat muzik Gamelan

Tuan rumah

Ni kali kedua aku tengok gamelan, yang first masa sem lepas, Persembahan Gamelan Sedunia kat Shahbandar. Masa tu wakil-wakil gamelan dari luar negara buat persembahan. Memang Seronok sangat, nak-nak time diaorang main laju. 

p/s: Keje sekolah berlambak ni.

Foto: Google Image

2 comments:

NasZ said...

pernah tengok tapi tak reti main. hehehe.

IntaNBerliaN said...

WAH.. BYKNYA UNISZA MNg,.