Saturday, October 8, 2011

Masa yang Tak Tentu..

Assalamualaikum wbt semua..

Entri malam ini adalah entri keinsafan. Tadi mak tipon, sembang-sembang pasal keadaan kat kampung tu. Aku tanya ayah mana? Mak cakap ayah pi baca qolhu. Eh..sapa meninggal? Mak cakap arwah (aku taknak sebut nama) meninggal sebab eksiden semalam. Arwah ni dalam lingkungan 38-43 tahun, kalau tak silap la.

Lokasi eksiden tu adalah tempat kemalangan maut selalu jadi. Untuk rekod tahun ni, dah 5 kali kemalangan maut jadi kat situ. Kisahnya sebuah kereta yang dipandu oleh seorang gadis belasan tahun, nak potong lori ikan, tapi tak pandai nak agak jarak kereta dari arah bertentangan, so..bertembung.

Budak perempuan tu arwah tak tempat tu jugak. Orang kampung aku arwah kat hospital. Anak-anak ngan isteri dia pun boleh tahan cedera, patah-patah abih. Penumpang kereta yang budak perempuan tu bawa pun patah-patah jugak.

Muhasabah diri sendiri, dah cukup ka bekalan kita nak 'pergi sana'. Semoga kita semua diberi petunjuk dan sentiasa dipelihara dengan rahmat-Nya.

Moral: 1) Kita tak tahu ajal kita bila nak sampai. 2) Kita tak tahu macam mana cara kita 'pergi' nanti. 3) Jangan excited sangat bawa kereta jika kita kurang pengalaman. 

Al-Fatihah untuk arwah. Takziah untuk keluarganya.

No comments: