Thursday, October 6, 2011

Coretan Saja-saja (Sesi malam)

Assalamualaikum wbt semua..

Tetiba ada sesi malam pulak. Hehe. Aku baru je abih sesi makan ramai-ramai kat bilik member. Makan bihun goreng. Terima kasih kepada kawan yang sponsor.

Lepas makan, aku dan 2 lagi kawan ke cafe, bukan nak makan lagi..hehe..tapi nak pegi beli tiket, untuk balik kampung masa Raya Haji nanti. Cuti lagi sebulan, tapi tiket dah beli sekarang, tak menyempat nak cuti. Kawan yang 2 orang tu nak merasa macam mana suasana kat kampung aku di Kedah tu. Sorang orang Perak, sorang lagi orang Johor.

Aku tak kisah pun depa nak ikut, bukan nak kena dukung pun. Mak aku pun tak kisah. Pandai-pandai la diorang sesuaikan diri nanti kat kampung tu.

Masa nak beli tiket tadi kena beratur boleh tahan panjang. Tak penah-penah aku duduk 3 tahun dah kat sini, kena beratur masa beli tiket. Ish2..ini menandakan orang-orang utara semakin ramai datang study kat Terengganu ni.


Lepas beli tiket, kami lepak-lepak kat bawah hostel ni, aku syok punya bersembang. Tiba-tiba ada mesej dari kawan sekelas tanya "dah antar ke emel kat mdm?"..Haah..aku dah terlupa. Terima kasih la kat kawan sekelas aku tu. Kalau tidak tak siap la keje aku. Kami kena antar tugasan melalui emel.


Kenapa la mudah sangat terlupa ni. Kena pegi beli kismis la lepas ni. Lama dah tak makan kismis.

Kerja banyak je dok menanti tu, tapi aku sempat je kan online dan update blog ni. Haha..apa nak jadi ni. Sedar-sedar diri la sikit.

[foto: Google Image]

3 comments:

oli-go said...

jgn minum or makan makanan yang ade semut k..nnt lagi cepat lupe..

Oh Oeya said...

Bagus beli tiket awal-awal.. sendiri senang nanti kan :)
hihi.. biasalah kadang2 terlupa ;-)
21 biji kismis setiap pagi sebelum sarapan dengan madu manuka.. meh buat sama :)

NasZ said...

wah..awainya beli tiket. bagus2. biasalah tu, kita ni manusia, kalau tak terlupa tu bukan manusia la kan? hehe.

MOHD NASER.com