Assalamualaikum wbt semua..
Entri ini untuk dikongsikan bersama-sama, buat renungan dan iktibar motivasi.
Ada 5 perkara yang boleh kita belajar dari sebatang pensil.
1) Ibarat pensil, ada tangan yang memegang dan mengatur pergerakkannya. Maka ingatlah, ada kuasa yang membimbing langkah hidup kita, iaitu Allah s.w.t.
2) Ketika menulis, pensil akan menjadi tumpul. Kita perlu berhenti dan mengasahnya. Pasti pensil itu perit ketika badannya diraut, tetapi hasilnya, ia menjadi tajam dan cantik tulisannya. Begitu juga dengan hidup kita, kita perlu berani menempuh kesusahan kerana ia adalah sebab kita menjadi lebih baik.
3) Pensil mungkin menghasilkan tulisan yang salah, namun kita boleh memadam dan membetulkannya. Begitu juga dengan kita, diharap kita sentiasa memperbaiki kesalahan kita dan berada di jalan yang benar.
4) Manakah bahagian yang paling penting pada sebatang pensil? Bahagian dalam atau luar? Sudah pasti bahagian dalam (karbon). Begitu juga kita, kita perlu berhati-hati dengan apa yang ada di dalam diri kita, terutama perkara yang tidak baik.
5) Pensil selalu meninggalkan tanda. Begitu juga dengan kita, apa yang kita lakukan pasti meninggalkan kesan pada diri sendiri dan juga orang lain. Oleh itu kita perlu sentiasa bijak dalam bertindak.
[sumber: Solusi isu 35]
Sunday, October 9, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Long Sarah Meninggal Dunia
Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...
-
Assalamualaikum wbt.. To update my blog, I want to share with all of you about a cartoon series called 'Happy Tree Friends'. Looki...
-
Assalamualaikum wbt ... Hai semua. Entri pertama tahun 2020. Selamat tahun baru ye semua. Perubahan tahun sebenarnya tak banyak yang ber...
-
Assalamualaikum wbt.. Hi..I just finished watching "In Time" movie. The main performers are Justin Timberlake (Will Salas) and A...
1 comment:
sebuah perkongsian yang menarik.. semoga kehidupan ini akan lebih bermakna dengan perilaku dan tata tutur yang lebih dihormati
Post a Comment