Tengah blog-walking sebelum tido ni, jumpa satu entry bermanfaat dari blog LunaLanun. Meh aku share kat sini. Buat pedoman kita semua.
****
Baiklah, pernahkah kita terfikir apa akan terjadi kepada akaun Facebook kita setelah kita mati suatu hari nanti?!
Koleksi gambar-gambar 'cute' lelaki dan wanita di Facebook...
Jika suatu hari nanti kita mati, sekiranya akaun Facebook kita itu hanya kita seorang yang tahu password akaun kita, hanya kita seorang yang boleh access akaun kita...
Dan selepas kita mati, apa yang akan jadi pada akaun Facebook kita?!
Mungkin ada yang akan mengucapkan takziah pada wall kita, mungkin ada yang sentiasa menjenguk bagi mengubat kerinduan...
Tetapi...
Sedarkah kita bahawa gambar-gambar kita akan membuatkan kita sentiasa terseksa di alam kubur?!
Gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?!
Lelaki ajnabi akan terus-terusan melihat gambar tersebut, dalam masa yang sama tiada siapa yang boleh tolong deletekan gambar kita...
Walaupun sudah bertahun-tahun lamanya kita mati, gambar tersebut terus ditatapi oleh mereka...
Macam mana?!
Pernahkah terlintas di fikiran kita, adakah tudung singkat yang kita pakai itu akan selamatkan kita di alam kubur nanti?!
Suatu hari nanti, kita akan pergi buat selama-lamanya tanpa ada sebarang amaran... Pada bila-bila saat yang Allah kehendaki...
Jadi, bersediakah kita?
Facebook hanya sebagai satu contoh. Laman-laman sosial lain seperti blog, video-video yang kita post dalam YouTube dan sebagainya, adakah kita yakin bahawa isi kandungannya pada suatu hari nanti apabila kita sudah tiada lagi di dunia ni, akan menyelamatkan atau menyeksa kita di alam kubur nanti?! Fikirkanlah... Adakah kita sudah bersedia?!
Baca selanjutnya di sini: http://lunalanun.blogspot.com/2011/10/apa-akan-jadi-pada-akaun-facebook-kita.html#ixzz1b3WneqXP
****
9 comments:
betol2,
saye xletak picture dan dah bgi pword sye kt seseorg yg boleh dipercayai. kalau saye ditakdirkan xde nnt, dy yg akan delete fb saye dan blog jugak. :)
betul tu..hmmm..takutnya bila ingat mati..
sblm ni pnh gak terbaca...kena bersedia!
betoi tu...
Letak gambar meow-meow jer..
Ye sebagai peringatan untuk kita semua
kalau ilmu untuk dikongsi...maka berpahala juga kita...tapi kalau yang bukan2 seperti gambar...dosa berterusan sehingga kita mati
Ingatan yang baik.. Terima kasih :)
sebab tu sy x suka sgt upload gambar..gambar yg kat fb pun org yg tag..hehe
Post a Comment