Friday, October 7, 2011

Aktiviti Hari Jumaat.

Assalamualaikum wbt semua...

Pagi tadi, aku dan 6 kawan sekelas pergi beriadah kat Bukit Besar. Ni kali ke-3 aku naik bukit tu. Bukit Besar ni kira salah satu dari landmark Terengganu la. Sesiapa yang mai cini mustahil la tak nampak bukit tu, sebab kat bukit ada tulisan "Allah Peliharakanlah Terengganu". Macam gambar kat bawah ni. Kalau malam-malam lagi la nampak sebab pasang lampu.


Track laluan untuk sampai ke puncak bukit ni boleh tahan mencabar. Kecerunan yang boleh meregangkan otot betis. Kalau pergi hari cuti memang orang ramai, ada yang datang ngan family, ada datang ngan pasangan, dan juga kawan-kawan. Ada member aku yang first time naik tadi, so mood excited tu lebih sikit.Hehe. Walaupun masing-masing mengah, tapi sesi bergambar tetap diteruskan sepanjang pendakian. Nak buat kenangan beriadah bersama-sama.

Lokasi Bukit Besar ni adalah dihadapan Mydin Mall. Kalau lalu jambatan Sultan Ismail tu, confirm korang akan nampak bukit tu. Selepas mengeluarkan peluh yang tak seberapa, kami pergi beli nasi kerabu dan berkelah dekat Pantai Telok Ketapang (dekat ngan airport tu). Selalu lepak kat pantai Tok Jembal je, tapi tadi orang ramai sangat. Makan ramai-ramai gitu memang memorable la. Lagipun dah tahun akhir ni kan, semua aktiviti nak buat bersama-sama. 

Tu la aktiviti besar untuk hari ni. Balik bilik, mandi, main game. Hehe. 

 

Ni gambar kawan masa dah turun. Muka masing-masing tak nampak penat pun.

Lepas exercise, top up lemak balik. Hehe

[gambar Bukit Besar: google image]
[gambar kami-kami: aku kidnap dari blog akmal]

Long Sarah Meninggal Dunia

Assalamualaikum wbt ... Lepas maghrib semalam, terima panggilan dari pak sedara. Dia bagitau jiran dekat rumah dia meninggal dunia. Aku ke...